Panduan kejayaan Affiliate
Tip dan panduan pemasaran affiliate.
Pemasaran affiliate adalah berasaskan kepada konsep pembahagian keuntungan di antara pemilik produk dan juga individu yang mempromosikan produk tersebut. Satu perkara yang diinginkan oleh semua usahawan internet adalah untuk mendapatkan lebih banyak trafik dan pendedahan untuk produk dan laman web mereka. Namun demikian, mereka tidak mungkin akan boleh mendapatkan banyak trafik sekiranya mereka cuma melakukan pemasaran secara berseorangan. Oleh itu, langkah terbaik adalah untuk memulakan program afiiliate mereka sendiri dengan tujuan untuk meningkatkan jaringan promosi. Dalam erti kata lain, mereka boleh mendapatkan lebih banyak trafik dan menjana lebih banyak keuntungan dengan bantuan individu-individu lain yang menjadi affiliate mereka.
Keuntungan yang diperolehi oleh individu-individu yang mempromosikan produk seseorang usahawan internet dikenali sebagai ”Komisen Affiliate”. Komisen affiliate merupakan komisen yang dibayar berdasarkan jualan yang berjaya. Ada masanya ia akan merupakan komisen tetap dan ada masanya ia merupakan peratusan daripada harga produk yang terjual. Sebagai contoh, anda mempromosikan produk dan pemilik program affiliate tersebut menjanjikan komisen diantara 10% hingga 70%. Oleh itu, untuk setiap unit yang terjual, anda akan mendapat komisen.
.
Program affiliate yang digunakan oleh usahawan internet tadi boleh menentukan siapa yang telah melakukan sesuatu jualan berdasarkan pautan khas yang telah diberikan kepada affiliate-affiliate mereka yang dikenali sebagai Pautan Affiliate atau Affiliate Link. Pautan Affiliate merupakan pautan yang telah ditetapkan untuk diri anda sebagai seorang affiliate untuk program yang anda sertai. Ia mempunyai kod khas yang akan menghantar pelanggan ke laman web penjual dan akan merekod siapa yang telah menghantar pelanggan ke laman web tersebut.
Ebook ini memberi gambaran pemasaran affiliate / perniagaan online.
~ Model Perniagaan Internet Pantas
~ Rangka Promosi Pelbagai
~ Bermula Dengan SFI Affiliates dan Tripleclicks.
~ Jana Komisen Affiliate
~ Pemilihan Program Affiliate
~ Bantuan Promosi
~ Promosi Bersilang
~ Pelan Promosi
~ Stetegi melalui blog, email, forum, facebook, marketing sosial dll
~ pemasaran online di Malaysia.
Ada dapat menambahkan pengetahuan dari ebook ini dan boleh memberikan kepada affiliate anda sebagai panduan.
Dapatkan ebook KEJAYAAN AFFILIATE Sekarang Sementara harga dalam promosi.